Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,327 Kes Baharu, 1,247 Kes Sembuh, Empat Kematian

By 22 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,327 kes baharu COVID-19 dan empat kematian dilaporkan di Malaysia semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, 1,247 kes sembuh dilapor menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada COVID-19 di negara ini ialah 317,289 manakala angka keseluruhan kematian kini 1,233 orang dan jumlah kes aktif pula adalah 14,518.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 1,316 merupakan kes tempatan melibatkan 861 warga tempatan dan 455 bukan warganegara manakala 11 lagi adalah kes import,” katanya dalam hantaran di akaun Twitter rasmi beliau semalam.

Dr Noor Hisham berkata lima negeri yang melaporkan kes harian melebihi angka 100 ialah Selangor sebanyak 356 kes diikuti Sarawak (276), Pulau Pinang (205), Johor (141) dan Kuala Lumpur (115).

Selain itu, beliau berkata 154 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan dalam satu kenyataan media bahawa berkata empat kematian yang dilaporkan membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita, masing-masing warganegara berusia lingkungan 66 hingga 82 tahun serta mempunyai penyakit kronik.
Beliau berkata terdapat lima kluster baharu dikenal pasti membabitkan empat kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Permas Baru dan Kluster Jalan Gemilang Tiga di Johor; Kluster Tapak Bina Jalan You City di Selangor dan Kluster Bukit Tambun di Pulau Pinang) serta satu kluster komuniti iaitu Kluster D Gana di Sabah.

Katanya sebanyak 10 kluster diisytihar tamat semalam, menjadikan jumlah kluster yang telah ditamatkan ialah 881 manakala 416 kluster masih aktif.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda