Laporan/foto: Bustan Made Aming/Mastim Kiriman(Kota Kinabalu)
TUARAN, 12 Mac (Malaysiaaktif) āĀ Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menerusi Kementerian Kerja Raya (KKRS) dalam proses menaiktaraf perkhidmatan keretapi di negeri ini.
Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Sri Bung Moktar Radin, proses menaik taraf perkhidmatan itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang akan siap sepenuhnya hujung tahun 2021.
“Projek menaik taraf landasan ini adalah daripada Tenom Lama ke Stesen Tenom sejauh 1.8 km dan penggantian pengalas kayu kepada pengalas konkrit daripada stesen Beufort ke Halogilat sejauh 22 km.
“Turut terlibat adalah pemasangan pagar-pagar keselamatan di lokasi yang kritikal sepanjang landasan bagi memastikan laluan operasi keretapi berjalan lancar dan selamat.
Selain itu, penaiktarafan stokereta ditambah baik bagi mamastikan perkhidmatan yang lebih selesa dan konsisten.
“Penaiktarafan stokereta dengan perolehan enam Unit Diesel Pelbagai (DMU)Ā Power Cars dan perolehan dua unit lokomotif yang bakal disiapkan dalam tempoh 24 bulan, ini adalah tambahan kepada tiga set DMU dan enam unit gerabak penumpang yang bakal disiapkan secara berperingkat dalam tahun ini.
“Perolehan aset-aset baru ini untuk menggantikan aset-aset sedia ada yang telah usang bagi memastikan perkhidmatan yang selesa dan konsisten.
Di samping itu, bilangan bas perantara juga akan ditambah bagi memudahkan pergerakan penumpang ke pusat bandar raya.
“Projek perolehan dua unit low floor city bus akan menyediakan kemudahan kepada penumpang yang turun di stesen keretapi Tg. Aru untuk ke pusat bandaraya dan sebaliknya,” katanya ketika merasmikan ProgramĀ Penetapan Matlamat Jabatan Keretapi Negeri Sabah diĀ sebuah resort, di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kerja Raya II Sabah Datuk Robert Tawik dan turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah Leonard Stephen Poyong.
-RI