Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Karnival Kerjaya PERKESO Mudahkan Rakyat Cari Kerja

By 24 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Jasin)

MELAKA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Program Mini Karnival Kerjaya yang telah diadakan di Bandar Jasin Bestari baru-baru ini menawarkan lebih daripada 400 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Menurut Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Ismail Othman, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar penggangguran negara meningkat kepada 5.3% dari Februari 2020 hingga Mei 2020 akibat kesan ekonomi berikutan penularan wabak COVID-19.

“Karnival ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada para majikan dan pencari kerja mengenai inisatif yang telah dilancarkan oleh pihak PERKESO seperti Program Pengambilan Pekerja, Program Latihan dan Program Perantisan dibawah Penjana Kerjaya 2.0 dan yang terkini Program Perantisan bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA).

“Kadar pengangguran mulai turun selepas bulan Mei sehingga 4.5% pada Disember 2020, ekoran kesan positif inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah pakej PRIHATIN dan PENJANA dalam tempoh tersebut dan ini membuktikan inisiatif-inisiatif kerajaan yang dilaksanakan oleh PERKESO ternyata membuahkan hasil,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut, baru-baru ini.

Menurut Ismail, karnival ini diadakan bersempena sambutan Jubli Emas PERKESO, bertujuan menyediakan peluang pekerjaan kepada semua pencari kerja khususnya penduduk negeri ini yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

-KN

Tinggalkan komen anda