Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MAIM Rai 284 Pelajar Asnaf Cemerlang

By 24 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rosli Husain (Melaka)

MELAKA, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Apresiasi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah diadakan bagi meraikan pelajar golongan asnaf negeri melaka yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STAM.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata agar kecemerlangan yang ditunjukan oleh para penerima anugerah pada hari ini akan menjadi perangsang kepada mereka yang lain untuk terus berusaha kearah kejayaan yang lebih cemerlang.

“Usaha murni MAIM dalam menghargai kecemerlangan pelajar turut mendapat sokongan daripada syarikat telekomunikasi negara yang berbesar hati memberikan wakalah zakat berupa pek permulaan bebas prabayar dan kredit tambah nilai dalam bentuk e-dompet berjumlah RM26,575.90 untuk pelajar asnaf.

“Setiap pelajar diberi RM50 bagi setiap A yang diperoleh dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),” ujar beliau ketika merasmikan majlis tersebut di sebuah hotel di Ayer Keroh, baru-baru ini.

Turut hadir Mufti Kerajaan Melaka Datuk Abdul Halim Tawil, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Md Rawi Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat Melaka Datuk Ibrahim Fadhil.

-KN

Tinggalkan komen anda