Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

93,557 Individu telah Lengkapkan Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19

By 26 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik JKJAV

PUTRAJAYA, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 93,557 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Sarawak mencatat jumlah individu teramai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 iaitu 11,017 diikuti Kelantan (10,726) dan Kuala Lumpur (10,662).

Seterusnya, Pahang (8,639), Perak (8,164), Johor (7,955), Selangor (6,355), Kedah (5,009), Terengganu (4,649), Negeri Sembilan (4,140), Pulau Pinang (3,855), Melaka (3,544), Sabah (3,220), Putrajaya (2,010), Labuan (1,759) dan Perlis (1,853).

Beliau berkongsi maklumat berkenaan menerusi satu infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya hari ini.

Dr Adham berkata untuk tempoh sama, seramai 443,124 individu direkodkan telah menerima dos pertama dengan Selangor mencatat jumlah teramai iaitu 62,418 orang, diikuti Perak (49,535) dan Sabah (41,738).

Seterusnya Kuala Lumpur (38,645), Sarawak (36,385), Pahang (33,399), Johor (33,061), Pulau Pinang (31,740), Kedah (26,316), Negeri Sembilan (21,833), Terengganu (20,503), Kelantan (19,802), Melaka (11,248), Perlis (9,533), Putrajaya (4,622) dan Labuan (2,346).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

— BERNAMA


Tinggalkan komen anda