Laporan/foto: Mohd Haizul Rohani/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) petang semalam dalam lawatan kerjanya ke negeri itu.
Ketibaan beliau dan rombongan di disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Sri Bung Mokhtar dan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta menteri-menteri kabinet negeri.
Muhyiddin dalam rangka lawatan dua hari ke negeri tersebut akan menghadiri Program Pimpinan Bersama Rakyat, selain menghadiri sesi dialog awam “Makmur Bersama Sabah 2030” di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, kemudian melawat ke Pusat Vaksinasi COVID-19 Daerah Kota Kinabalu di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan hari ini.
Selain itu, beliau dan rombongan turut dijadualkan mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, sebelum melancarkan Projek Pembangunan Lok Kawi Resort City dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Inisiatif Pelaburan Asing dan Domestik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Beliau dan rombongan dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai meghadiri Program Ziarah Prihatin di Rumah Pangsa Tanjung Aru.
-RI