Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelajar Luah Rasa Lega Terima Tablet

By 15 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 10 orang pelajar dari sekolah menengah di daerah sini menerima tablet yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzzafar Shah.

Menurut Tunku Iskandar yang juga merangkap Pengerusi Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Yan, tablet ini telah disumbangkan oleh kerajaan Jepun melalui Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk memudahkan pelajar-pelajar ini mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Beliau turut menasihatkan pelajar dan waris agar dapat menggunakan tablet ini untuk tujuan pembelajaran dan mencari maklumat yang berguna bagi  menambah ilmu pengetahuan kerana hanya dengan ilmu sahaja dapat mengubah masa depan pelajar dan keluarga.

Penerima tablet bergambar bersama Pegawai Daerah Yan.

Penerima tablet bergambar bersama Pegawai Daerah Yan.

“Selain dari tablet, sumbangan berupa wang tunai  turut diberikan untuk pembelian data internet RM35 sebulan selama lapan bulan yang berjumlah RM280 dan akan dikreditkan ke akaun bank penerima oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kedah,” katanya yang ditemui dalam majlis serahan bantuan tersebut di Pejabat Daerah Yan, di sini hari ini.

Salah seorang penerima tablet, Nur Elly Aina Mohd Anuar berusia 17 tahun meluahkan rasa syukur apabila terpilih sebagai salah seorang penerima sumbangan pada hari ini.

“Saya terpaksa berkongsi telefon pintar dengan adik-beradik saya yang lain ketika sesi PdPR kerana ibu bapa saya tidak mampu menyediakan alat bantuan pembelajaran dan kini setelah adanya tablet ini akan memudahkan sesi pembelajaran saya,” ujar anak ke dua dari enam adik beradik ini.

~RJ~

Tinggalkan komen anda