Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Projek Wakaf Air Tunaikan Hasrat Penduduk Dapatkan Bekalan Air Bersih

By 9 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Nurul Ain Johari (Kulai)

KULAI, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Penantian lebih 30 tahun penduduk Kampung Melayu Seelong Senai Johor untuk mendapatkan bekalan air bersih akhirnya tercapai apabila Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan RM34,776 untuk Projek Wakaf Air Kampung Melayu Seelong Senai Johor.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata projek ini telah bermula pada 11 Februari yang lalu dan telah siap sepenuhnya pada 4 Mac 2021 yang meliputi kerja-kerja pembinaan tangki, sistem pam dan paip agihan dari Taman Impian Jaya yang ditakung dalam tangki sedutan berkapasiti 500 gelen untuk dipam ke tangki pengimbang berkapasiti 1500 gelen sebelum diagihkan kepada 16 keluarga yang menetap di situ bagi kegunaan seharian.

“Saya berharap projek ini akan memberi manfaat kepada para penduduk kampung yang telah sekian lama tiada bekalan air bersih di kampung mereka untuk kegunaan harian dan diharap pada masa akan datang tiada lagi masalah gangguan bekalan air akan membelenggu penduduk.

SPAN membuat tinjauan ke kawasan Projek Wakaf Air di Kampung Melayu Seelong Senai, Johor.

SPAN membuat tinjauan ke kawasan Projek Wakaf Air di Kampung Melayu Seelong Senai, Johor.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pewakaf yang memberi sumbangan bagi Projek Wakaf Air ini yang secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban penduduk setempat dalam mendapatkan air bersih,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Projek Wakaf Air di Kampung Melayu Seelong, di sini semalam.

Tambah beliau, projek ini dibiayai sepenuhnya menerusi dana Wakaf Air dan akan diselia oleh warga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dari Wilayah Selatan dan dibantu oleh Ranhill SAJ bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

KASA dijangka akan menyerahkan empat lagi projek yang akan dilaksanakan menggunakan dana Wakaf Air pada bulan Mac dan April ini di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

-NI-

Tinggalkan komen anda