Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis/Muhammad Husaini Harun (Langkawi)
LANGKAWI, 9 Mac (Malaysiaaktif) â Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) komited menyalurkan sumbangan berupa makanan kepada para petugas barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sedang berlangsung.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan) Rohaizad Rashid, LADA bukan sahaja menyalurkan bantuan makanan malahan menyediakan tempat untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Dewan Badminton, Kompleks Sukan di sini tanpa mengenakan sebarang bayaran.
âPihak LADA menyediakan makanan dan minuman untuk sarapan, makan tengah hari serta minum petang kepada 40 orang petugas barisan hadapan sepanjang program ini berlangsung selama 25 hari bermula 28 Februari lalu.
âJumlah keseluruhan sumbangan yang diberikan bernilai hampir RM50,000 termasuk makanan, minuman dan pusat vaksinasi,â katanya ketika ditemui di dewan tersebut, semalam.
Menurut Rohaizad, sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pelaksanaan sumbangan tanggungjawab sosial korporat LADA.
âSumbangan yang diberikan ini merupakan salah satu bentuk sokongan dan penghargaan LADA terhadap pengorbanan para petugas barisan hadapan yang berjuang melindungi masyarakat dalam menghadapi bahaya penyebaran wabak COVID-19, khususnya di pulau ini,â katanya.
-RJ