Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Satu Tahun Pentadbiran Baharu Kerajaan Negeri Melaka

By 17 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka)

MELAKA, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis kesyukuran Sempena Satu Tahun Pentadbiran Baharu Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan baru-baru ini bertempat di Masjid Al-Alami.

Menurut Mufti Kerajaan Negeri Melaka Abdul Halim Tawil, majilis kesyukuran merupakan salah satu cara melahirkan rasa syukur dengan kepimpinan Ketua Menteri Melaka yang telah berjaya mentadbir negeri dengan jayanya sepanjang satu tahun.

Mufti negeri mengimamkan solat hajat

Abdul Halim negeri mengimamkan solat hajat sempena Majlis Kesyukuran Sempena Satu Tahun Pentadbiran Baharu Kerajaan Negeri Melaka.

 

“Kita seharusnya bijak mengimbangi kehidupan seharian kita agar semua memperoleh keberkatan dalam hidup,” ujar beliau selepas memimpin bacaan Yasin, tahlil dan doa kesyukuran.

Majlis kesyukuran ini yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dimulakan dengan kehadiran tetamu-tetamu yang terdiri daripada Exco-exco kerajaan negeri Melaka, ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan serta pelajar tahfiz.

xx meotong pulut kuning

Sulaiman (tiga dari kiri) memotong pulut kuning dalam majlis tersebut.

Majlis seterusnya disambung selepas kehadiran tetamu utama iaitu ketua menteri Melaka Sulaiman Md Ali, yang bersama sama solat magrib yang dipimpin oleh imam besar masjid negeri Melaka, Muhammad Hashim al-Hafiz.

Usai solat Isyak, acara memotong pulut kuning telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali, sambil disaksikan oleh tetamu-tetamu kehormat.

-KN

 

Tinggalkan komen anda