Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)
MELAKA, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah mengambil inisiatif memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang memberi nafas baharu kepada rakyat Malaysia, di mana suntikan vaksin diberikan secara percuma kepada warganegara dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia.
Menurut Penyelaras Perlimen Hang Tuah Jaya Mohd Ridhwan Mohd Ali, program Info on Wheels (IoW) dapat membantu kerajaan dalam menguar-uarkan tentang pentingnya vaksinisasi COVID-19 kepada orang ramai.
“Masih ramai tidak sedar kepentingan suntikan vaksinasi ini dan kita berharap agar warga Malaysia mendaftar untuk mendapatkan suntikan COVID-19 dengan segera menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya ketika dityemui dalam program tersebut, di sini baru-baru ini.
Pemangku Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah Fadillah Abdul Latiff, berkata program IoW ini akan terus dilaksanakan kerana medium penerangan seperti ini amat berkesan dalam mendidik masyarakat untuk memdaftar program vaksinasi dan juga pengamalan norma baharu.
“Dengan adanya pembabitan pemimpin kawasan dan kerjasama baik semua agensi kerajaan, saya yakin keadaan akan kembali normal sedikit masa nanti namun kita harus kekal mengamalkan kehidupan norma baharu supaya kita benar-benar bebas dari COVID-19,” katanya.
Turut bersama Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Keroh Arif Yusa, dan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
-KN