Skip to main content
Berita TempatanSabah

SPRM, Pejabat SKN Sabah Anjur Taklimat Secara Maya

By 18 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Janifer Stanis(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat julung kalinya menganjurkan Taklimat Pengendalian Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Peringkat negeri Sabah secara maya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr Safar Untong, berkata taklimat tersebut dianjurkan bagi memantapkan lagi tadbir urus Mesyuarat JAR di negeri ini.

“Pada taklimat ini juga kita akan mengenalpasti isu, masalah dan langkah-langkah penambahbaikan mesyuarat berkenaan berdasarkan kepada empat terma rujukan yang telah ditetapkan seperti dalam Arahan Perdana Menteri No.1, Tahun 2018.

Sebahagian daripada 305 anggota perkhidmatan awam negeri yang mengikuti taklimat Pengendalian Mesyuarat JAR yang dilaksanakan secara dalam talian.

Sebahagian daripada 305 anggota perkhidmatan awam negeri yang mengikuti taklimat Pengendalian Mesyuarat JAR yang dilaksanakan secara dalam talian.

“Program ini menjadi platform terbaik kepada kesemua setiausaha tetap dan ketua jabatan di negeri Sabah untuk menambah ilmu dan kefahaman berkaitan pengendalian mesyuarat JAR di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing,” katanya semasa taklimat tersebut, kelmarin.

Selain itu, Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Nor Azmi Karim, turut menyampaikan taklimat berkaitan Pengendalian Mesyuarat JAR.

Program berkenaan disertai oleh 305 orang wakil kementerian, jabatan, pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan dan agensi di negeri Sabah.

-RI

Tinggalkan komen anda