Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Program Penerangan Imunisasi COVID-19 Terima Sambutan Masyarakat

By 18 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fakhrudin (Barat Daya)

BAYAN BARU, 18 Mac (Malaysiaaktif) ā€“Ā Program Penerangan Imunisasi Vaksin COVID-19 Jabatan Penerangan (JaPen) Pulau PinangĀ mendapat sambutan baik masyarakat yang menyedari kepentingannya sebagai satu usaha mencegah sebelum sakit serta ikhtiar dalam usaha mencegah pendemik COVID-19 daripada merebak.

Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd Hafiz Aswad Nadzri, berkata program diadakan ini melibatkan jabatan dan agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JaPen Daerah Barat Daya.

ā€œProgram ini bertujuan memberi penjelasan serta pemahaman kepada masyarakat tentang kelebihan dan kebaikan mengambil vaksin agar tidak menimbul keraguan terhadap mereka.

Pegawai Daerah Barat Daya juga turut hadir ke Program Info On Wheels bersama Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya.

Mohd Hafis (tiga dari kiri)Ā mendapatkan maklumat daripada Marshita (kanan) berkaitan Program Vaksin, di sini.

ā€œIni adalah kesinambungan daripada Program Pemerkasaan Komuniti Daerah Barat Daya, dengan bermula sejak Februari lalu untuk tugasan pemantauan pematuhan SOP, malah kini memainkan peranan menyampaikan maklumat mengenai vaksin kepada orang ramai,ā€ katanya yang ditemui selepas sesi pendaftaran untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19Ā sempena Program Penerangan Imunisasi Vaksin COVID-19 di Perkarangan Masjid Umar Ibnu Al-Khattab, di sini semalam.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya, Marshita Othman, memaklumkan edaran bekalan imunisasi vaksin ini akan diselaraskan secara berperingkat dan keutamaan akan diberikan kepada golongan barisan hadapan serta golongan berisiko tinggi.

Sesi penerangan cara mendaftar vaksin melalui My Sejahtera oleh Pegawai Penerangan Daerah, Marshita Othman kepada komuniti setempat.

Sesi penerangan cara mendaftar vaksin melalui My Sejahtera oleh Marshita (kiri) kepada komuniti setempat.

“Selain membantu orang ramai mendaftar, kami juga turut mengedar bahan penerbitan JaPen berkaitan maklumat terkini,” katanya.

Kakitangan JaPen Daerah Barat Daya menerusi Pusat Maklumat Rakyat (PMR) mengedarkan bahan-bahan penerbitan dalam Program di Perkarangan Masjid.

Kakitangan JaPen Daerah Barat Daya menerusi Pusat Maklumat Rakyat (PMR) mengedarkan bahan-bahan penerbitan dalam Program di Perkarangan Masjid.

Selain itu, kakitangan JaPen Daerah Barat Daya menerusi Pusat Maklumat Rakyat (PMR) mengedarkan bahan-bahan penerbitan di perkarangan masjid tersebut.

-ii-

Tinggalkan komen anda