Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

YTM Undang Luak Jelebu Seru Rakyat Ambil Vaksin COVID-19

By 5 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sheik Amilhisham Sheik Hashim (Jelebu)/Mohd KhairulNizam (Negeri Sembilan)

JELEBU, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Undang Luak Jelebu Dato’ Maarof Mat Rashad, menyeru rakyat terutamanya di kawasan Luak Jelebu bersama-sama menyahut seruan kerajaan mengambil Vaksin COVID-19.

“Janganlah kita percaya mitos-mitos yang boleh mendatangkan kerungsingan serta kerisauan antara satu sama lain dan kita perlu redha dengan kehidupan dalam norma baharu yang berpunca daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Vaksin ini penting untuk menyekat penularan wabak COVID-19 dan apabila terlindungnya diri kita dari dijangkiti, maka terlindunglah juga ahli keluarga dan sahabat handai, maka kita tak perlu risau dan khuatir terhadap kesan sampingan akibat pengambilan vaksin yang telah digembar gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana sudah pastinya vaksin ini telah melalui pelbagai tapisan dan ujikaji daripada saintis dan pakar.

“Justeru, pengambilan vaksin ini adalah benteng bagi menyekat dari dijangkiti sekaligus dapat mengurangkan penularan wabak dikalangan masyarakat dan kita dapat kembali semula ke kehidupan biasa seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui membuat kunjungan di pejabat Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, di sini semalam.

Maarof turut berharap agar rakyat di luak Jelebu ini dapat memberikan sokongan kepada program vaksinasi yang disarankan oleh kerajaan.

“Kita masih perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang telah ditetapkan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda