Skip to main content
Berita TengahMAPerak

100 Asnaf Terima Bantuan Barangan Dapur

By 14 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Nur Afikah Rusly (Larut Matang dan Selama)

MATANG, 14 April (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang turun padang membantu dan meringankan beban golongan asnaf dengan menyerahkan bantuan berbentuk barangan dapur kepada golongan ini yang tinggal di kawasan tersebut.

ADUN Kuala Sepetang Kamarudin Abu Bakar, berkata pandemik COVID-19 menjejaskan pendapatan dan pergerakan beberapa pihak untuk mencari pendapatan sampingan termasuklah golongan asnaf.

“Seramai 100 penerima bantuan hadir bagi menerima barangan dapur seperti beras, gula, minyak dan tepung.

“Majoriti penduduk yang tinggal di kawasan sekitar kampung tersebut adalah golongan yang bekerja sendiri seperti petani, nelayan, tukang kayu dan pekerja ladang kelapa sawit,” katanya ketika menyampaikan bantuan kepada penduduk di Dewan Gelanggang 1001 Matang, di sini hari ini.

Tambah Kamarudin, bantuan seperti ini akan diteruskan menjelang bulan Syawal kelak supaya golongan ini dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan suasana yang gembira dan meriah.

“Kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penerangan (JaPen) terutama Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama kerana mengambil satu langkah yang baik bagi mendaftar vaksin COVID-19 kepada masyarakat khususnya penduduk setempat di kawasan Kuala Sepetang ini.

“Majoriti penduduk di kampung ini terdiri daripada warga emas dan mereka tidak mempunyai aplikasi MySejahtera jadi dengan adanya pendaftaran secara manual oleh JaPen maka ia memudahkan urusan mereka untuk membuat pendaftaran,” katanya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda