Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,285 Kes Baharu dan Empat Kematian

By 9 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 9 April (Malaysiaaktif) – Malaysia mencatatkan sebanyak 1,285 kes baharu COVID-19 semalam dengan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 355,753 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak empat kematian melibatkan kesemua warga tempatan dan empat kluster baharu direkodkan.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 1,268 kes membabitkan penularan tempatan manakala 17 lagi adalah kes import manakala 1,175 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 340,242.

Menurutnya, sebanyak 186 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham berkata Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi iaitu 374 kes diikuti Sarawak (211),Pulau Pinang (162), Kuala Lumpur (120), Sabah (106) dan 101 kes di Johor.

Lapan negeri mencatatkan kes dua angka iaitu Kelantan (87), Kedah (31), Perak (24) Putrajaya (19), Pahang (13), Negeri Sembilan (12) dan masing-masing 11 kes di Terengganu dan Melaka.

“Hanya satu negeri dan wilayah merekodkan kes satu angka iaitu Labuan, tiga kes dan Perlis, satu kes,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata empat kluster baharu dikenal pasti melibatkan tiga kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Kluster tempat kerja membabitkan Jalan Taming di Selangor, Industri Parit Raja (Johor) dan Perusahaan Perai Tiga (Pulau Pinang) manakala kluster komuniti ialah Padang Manggis di Pahang, katanya.

“Perkembangan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster kini ialah 1,435 dengan 348 kluster aktif,” sambil menambah 10 kluster diisytihar tamat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang telah tamat ialah 1,087.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda