Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kidball Akademi Pertama Terima Akreditasi SupaRimau FAM di Sabah

By 8 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Warman Wagiman/Vicky Sylvester Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 8 April (Malaysiaaktif) – Kelab Bola Sepak Kidball menjadi akademi bola sepak pertama di Sabah mendapat akreditasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bawah program piagam akar umbi yang dinamakan SupaRimau FAM.

Ketua Jurulatihnya Musa Abdul Rahman, yang juga merupakan setiausaha kelab berkenaan berkata akademi tersebut menerima surat pengesahan akreditasi September tahun lalu dan merupakan pencapaian tertinggi kelab tersebut sejak ditubuhkan pada tahun 2011.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak terutama para ibu bapa dan pentadbir Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya yang tanpa henti memberikan sokongan kepada kelab itu.

LINCAH... Antara aksi pemain wanita bawah 13 tahun yang hadir pada sesi pemilihan.

LINCAH… Antara aksi pemain wanita bawah 13 tahun yang hadir pada sesi pemilihan.

“Pengiktirafan tersebut sejajar dengan peta Hala Tuju F:30 FAM sebagai insentif dan komitmen untuk meningkat taraf akademi bola sepak negara,” katanya ketika ditemui di Padang Saga Likas, di sini, baru-baru ini.

Menurut Musa, pengiktirafan ini adalah berdasarkan keaktifan pada penyertaan pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa dan menyertai pertandingan di luar daerah serta pembentukan pasukan Kidball-X bawah 16 tahun.

“Antara penyertaan yang membanggakan adalah Juara Liga Kota Kinabalu (KK) (2012), tempat ketiga Liga KK (2013), juara MSS Zon Tanjung Aru (2013,2018,2019), naib juara MSS Zon Tanjung Aru (2014), tempat ketiga MSS zon Tanjung Aru (2015,2017), juara karnival bola sepak SK Api-Api (2017) serta naib juara Karnival Scott di Sandakan bagi pasukan Kidball-X bawah 16 tahun (2017),” jelasnya.

Tambah Musa, dengan adanya sijil akreditasi itu sasaran Kidball FC untuk menubuhkan akedemi bola sepak pada tahun 2022 berjaya dicapai lebih awal iaitu pada tahun 2020.

Musa (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Joseph (kanan) sejurus majlis penyerahan Sijil Akreditasi Gangsa SupaRimau FAM.

Musa (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Joseph (kanan) sejurus majlis penyerahan Sijil Akreditasi Gangsa SupaRimau FAM.

Beliau berharap agar akademi bola sepak Kidball akan terus berkembang maju dan menjadi antara akedemi terbaik di negeri ini selain komitmen FAM untuk membantu meningkatkan pencapaian semua akademi di bawah program SupaRimau.

Majlis penyerahan akreditasi Sijil Gangsa FAM telah disempurnakan oleh Pengarah Teknikal Bola sepak Wanita FAM, Jacob MJ Joseph merangkap Ketua Jurulatih bola sepak wanita kebangsaan.

-RI

Tinggalkan komen anda