Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,317 Kes Baharu dengan Empat Kematian

By 13 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 13 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,317 kes baharu COVID-19 dan empat kematian dicatatkan di seluruh negara hari ini (Isnin), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya daripada jumlah itu 1,305 adalah penularan tempatan manakala 12 lagi adalah kes import.

“Kes sembuh pula adalah 1,052 menjadikan jumlah kumulatif 345,005. Sebanyak 188 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 84 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham berkata Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 351 kes diikuti Selangor sebanyak 303 dan Kuala Lumpur 116 kes.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 10 kluster baharu dikenal pasti melibatkan tujuh kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

“Kluster tempat kerja iaitu Kluster Leepang dan Indera Mahkota Tiga di Pahang; Industri Balakong Lapan di Selangor; Jalan Perjiranan Empat di Johor; Jalan Stadium Empat di Kelantan; Ara Murni di Terengganu dan Persiaran Salahuddin di Putrajaya.

Kluster komuniti pula iaitu Kluster Kabu di Kedah, Kampung Paya Pulai di Pahang dan Jalan Canning Estate di Perak,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat sebanyak 1,469 kluster dengan 345 kluster aktif.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda