Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,349 Kes Baharu, 1,270 Sembuh, Dua Kematian

By 5 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 5 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,349 kes baharu COVID-19 dan dua kematian direkodkan semalam, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 1,342 adalah kes penularan tempatan manakala tujuh lagi merupakan kes import.

Katanya Sarawak mencatat kes baharu tertinggi dengan 419 kes, diikuti Selangor (343) dan Pulau Pinang (185).

“Sebanyak 1,270 kes sembuh dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 335,162. Selain itu, 186 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 94 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai COVID-19 semalam.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 10 kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Maju Cemerlang dan Kluster Jalan Murni Satu, Johor; Kluster Jalan Suasana (Selangor), Kluster Danan (Kelantan) serta Kluster Jalan Alamanda (Putrajaya), yang merupakan kluster tempat kerja.

Empat kluster komuniti turut dikesan iaitu Kluster Sungai Mupong dan Kluster Sungai Rassau, Sarawak; Kluster Kampung Batu Lapan Lekir (Perak) serta Kluster Rich Park (Sabah), selain satu kluster pusat tahanan iaitu Kluster Tembok Sri Aman di Sarawak.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda