Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Parlimen Pasir Mas Sumbang Dana Jayakan Komuniti Cergas Daerah

By 5 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Akmal Ahmed (Pasir Mas)

PASIR MAS, 5 April (Malaysiaaktif) – Pihak Parlimen Pasir Mas menyumbangkan RM3000 untuk Program Komuniti Cergas sesuai dengan agenda dan visi pihak Fit Malaysia bagi menjayakan program kesihatan bersama-sama masyarakat di daerah ini.

Ahli Parlimennya Ahmad Fadhli Shaari, berkata aktiviti yang sihat pada usia muda akan menjurus kepada kesihatan yang baik pada hari tua dengan amalan pemakanan yang sihat dan faktor penjagaan badan yang baik.

“Kita memutuskan untuk mengadakan pertandingan aerobathon ini kerana ia adalah sukan yang menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak muzik dan berkumpulan.

“Program ini wajar dilakukan seminggu sekali atau sebulan sekali kerana sukan senamrobik banyak kebaikannya untuk kesihatan dan perlu bermula dari muda lagi dan penganjurannya haruslah mengambil kira Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika merasmikan Program Komuniti Cerdas Daerah Pasir Mas di Kampung Sri Jias, di sini semalam.

IMG-20210404-WA0028

Fadhli Shaari (tengah) ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Pengerusi Fit Malaysia Kota Bharu Zulkifli Abd Hamid, berkata program ini akan dianjurkan di seluruh daerah di Malaysia.

“Ia bertujuan membantu anak muda, warga emas dan masyarakat setempat untuk menjadikan senamrobik ini sebagai senaman harian di rumah walaupun tidak dilakukan secara berkumpulan.

“Pada hari ini juga, kita turut mengundang wakil daripada pejabat kesihatan daerah untuk menyediakan kaunter bagi peserta yang ingin mendapatkan nasihat dan cara mendaftarkan vaksin COVID-19,” katanya.

Seorang peserta, Rosmanira Ibrahim, 38, berkata aktiviti senamrobik ini amat baik dilakukan setiap minggu agar mengekalkan stamina, menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, kecerdasan mental, mengurangkan tekanan dan sebagainya.

‘’Sebagai mana yang kita tahu, bersenaman amat perlu untuk badan sihat, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari, tiga kali seminggu sudah memadai,” katanya.

Pempinan Senamrobik daripada Fit Malaysia mengetuai acara.

Pimpinan Senamrobik daripada Fit Malaysia mengetuai acara.

-RI

Tinggalkan komen anda