Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,854 Kes Baharu, Lima Kematian

By 10 April 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 10 April (Malaysiaaktif) –Kes positif COVID-19 di Malaysia terus meningkat dengan 1,854 kes baharu selain lima kematian dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di negara ini berjumlah 357,607 dengan kes aktif sebanyak 14,805.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, 20 adalah kes import manakala 1,834 kes melibatkan penularan dalam negara.

“Kes import melibatkan lima warganegara dan 15 bukan warga, manakala kes tempatan pula membabitkan 1,618 warganegara dan 216 bukan warganegara.

“Kes sembuh harian pula mencatat 1,247 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat hari ini (Jumaat) sebanyak 341,489 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 semalam.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda