Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)
PEKAN, 9 April (Malaysiaaktif) – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telahĀ menetapkan kadar zakat bagi seluruh negeri ini adalah sebanyak RM7.00
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Ahmad Hairi Hussain, berkata setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, al-Sultan Abdullah Riāayatuddin al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Agama Islam bagi negeri tersebut, baginda telah memperkenankan kadar zakat fitrah Negeri Pahang bagi tahunĀ iniĀ adalah sebanyak RM7.00.
“Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang merebak di negeri ini, kaedah bayaran melalui 942 orang amil zakat fitrah yang bertauliah akan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan.
“Kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talianadalah sangat digalakkan melalui capaian ezakat.muip.gov.my dan juga melalui aplikasi PahangGO.
āSemua umat Islam dalam negeri ini hendaklah mengeluarkan zakat fitrah mereka bermula dari awal Ramadan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri,ā katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini baru-baru ini.
Hairi turut mengingatkan orang awam yang memungut zakat tanpa kebenaran akan diambil tindakan undang-undang.
“Sesiapa yang didapati memungut zakat fitrah tanpa diberi kuasa atau dilantik oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, individu tersebut adalah melakukan kesalahan bawah Seksyen 38 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
-KN