Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

60 Wira Tidak Didendang Terima Sumbangan Kerajaan Negeri

By 16 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Muhammad Aiman Azmi (Sik)

SIK, 16 April (Malaysiaaktif)– Seramai 60 orang tediri daripada guru al-Quran sukarela, mudim, bidan kampung, jurumandi jenazah, bomoh patah serta penggali kubur diraikan dan menerima sumbangan berupa wang tunai RM200 dan barangan keperluan harian bernilai RM50 daripada kerajaan negeri sempena menyambut bulan Ramadan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sumbangan terbabit sebagai tanda menghargai khidmat dan bakti mereka kepada masyarakat

“Sumbangan ini merupakan tradisi kerajaan Kedah sejak 2008 yang diselaraskan oleh wakil rakyat serta pejabat daerah sebagai penghargaan kepada golongan berkenaan yang banyak berjasa kepada agama serta masyarakat setempat.

“Golongan berkenaan memainkan peranan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan dalam hal ini, saya juga mahukan supaya masyarakat Islam hidup saling tolong-menolong antara satu sama lain dan menghindari sebarang persengketaan yang boleh membawa kepada permusuhan,” ujarnya ketika merasmikan Majis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Masjid An Nur Felda Teloi Timur, di sini semalam.

Tambahnya, ibu bapa perlu lebih cakna dan memberi perhatian serius kepada pendidikan anak-anak supaya anak-anak boleh membaca al-Quran dengan betul, serta mengenal rukun iman, rukun Islam, kerana inilah asas  penting yang akan digunakan sepanjang kehidupan.

“Justeru, ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak tambahan pula mereka sekarang berada dalam alam yang dibentuk oleh media dan alat-alat elektronik.

“Selain daripada ibu bapa, guru al-Quran juga mempunyai peranan besar dalam menasihati generasi sekarang,” katanya.

Menurut Sanusi, peranan individu seperti jurumandi jenazah dan pengali kubur juga sangat penting kerana tidak ramai yang mempunyai kemahiran tersebut.

~RJ~

 

Tinggalkan komen anda