Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk Penjawat Awam

By 22 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: JPM

PUTRAJAYA, 22 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada Pesara Kerajaan pada tahun ini.

Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service dan Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP akan menerima bantuan khas tersebut.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelumnya kerana keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya.

“Kerajaan berharap Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.

-ZS

 

Tinggalkan komen anda