Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jom Membaca 10 Minit Disambut Sederhana di Dungun

By 22 April 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 22 April (Malaysiaaktif) – Program Jom Baca Bersama 10 Minit Daerah Dungun disambut secara sederhana dan mematuhi amalan norma baharu bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Isteri Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli, Siti Zaleha Mohammad, berbangga dengan komitmen Perpustakaan Awam Daerah Dungun dan semua pihak yang terlibat melaksanakan program yang disambut serentak di seluruh negara pagi tadi.

“Budaya membaca perlu disemai bermula dari rumah kerana anak-anak sekarang lebih banyak meluangkan masa dengan gajet.

Isteri Ahli Parlimen Dungun, Siti Zaleha Mohammad (kanan) ketika menyempurnakan gimik program.

Zaleha Mohammad (kanan) ketika menyempurnakan gimik program.

“Apabila kita membaca, banyak ilmu serta pengetahuan baharu diperolehi yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Program Jom Baca Bersama 10 Minit Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia Tahun 2021 yang diadakan di Dewan Maaruf, Perpustakaan Awam Daerah Dungun, di sini pagi tadi.

Menurut Penolong Pustakawan Daerah Dungun Khasilah Mamat, Program Jom Baca Bersama sempena Sambutan Hari Buku Dan hak cipta Sedunia Tahun 2021 telah diadakan secara serentak di seluruh negara pada hari ini.

Peserta sedang membaca buku yang disediakan oleh pihak penganjur sebagai sokongan kepada program yang dijalankan.

Peserta sedang membaca buku yang disediakan oleh pihak penganjur sebagai sokongan kepada program yang dijalankan.

“Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca kebangsaan dengan slogan Mari Membaca Bersama.

“Bagi memupuk budaya membaca di kalangan penjawat awam di daerah ini, pihak Perpustakaan Awam Daerah Dungun menyediakan perkhidmatan pinjaman berkelompok,” katanya.

Penolong Pustakawan Daerah Dungun, Khasilah Mamat berkata Program Jom Baca Bersama dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.

Penolong Pustakawan Daerah Dungun, Khasilah Mamat berkata Program Jom Baca Bersama dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.

Beliau berkata, jabatan kerajaan boleh meminjam buku sebanyak 200 naskah dan ditempatkan di pejabat masing-masing bagi memberi manfaat kepada semua di pejabat tersebut.

Beliau turut menyeru agar semua jabatan kerajaan yang ada di Daerah Dungun dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan ini bagi memupuk budaya membaca di kalangan penjawat awam.

“Kami turut adakan Program Infak Buku di mana orang ramai boleh menyumbangkan buku yang ada di rumah dan dibawa ke perpustakaan dan orang ramai boleh mengambil buku tersebut secara percuma.

“Selain itu, Kempen Bebas Denda turut diadakan melibatkan peminjam buku yang lewat untuk menghantar tanpa sebarang denda bermula hari ini sehingga 22 Mei 2021,” tambah Khasilah.

Antara pengisian program adalah Bicara Buku dan juga penyampaian hadiah bagi Pinjaman Terbanyak Suku Tahun Pertama 2021 bagi kategori kanak-kanak dan dewasa.

Sementara itu, Penerima hadiah Pinjaman Terbanyak kategori dewasa, Andai Sukma Abd. Ghani, 51, berkata minat membaca menyebabkan perpustakaan ibarat rumah keduanya walaupun beliau hanya seorang suri rumah.

Andai Sukma Abd.Ghani,51, penerima hadiah Pinjaman Terbanyak kategori dewasa Sempena Program Jom Baca Bersama 10 minit anjuran Perpustakaan Awam Daerah Dungun.

Andai Sukma, penerima hadiah Pinjaman Terbanyak Kategori Dewasa Sempena Program Jom Baca Bersama 10 minit anjuran Perpustakaan Awam Daerah Dungun.

“Dalam seminggu, tiga atau empat kali saya akan datang ke sini untuk meminjam buku,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda