Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Dekati Anak Muda Bantu Pacu Masa Depan Negara

By 7 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Ashikin Yusri/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

MARANG, 7 April (Malaysiaaktif) – Seramai 100 belia dari kawasan sekitar Kampung Tuman hadir dalam program Cambah Minda yang membuka peluang berkongsi pengalaman dan bertukar fikiran yang dapat memberi kesan positif kepada generasi muda dalam memacu masa depan negara.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Sulaiman Sulong, berkata dengan menganjurkan program mendekati anak muda, golongan pelapis itu boleh bertemu dengan pemimpin dan mereka yang berpengalaman bagi menambahkan lagi maklumat dan ilmu mereka.

Sulaiman ketika berucap merasmikan Program Cambah Minda di Kampung Tuman, Marang.

Sulaiman ketika berucap merasmikan Program Cambah Minda di Kampung Tuman, Marang.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk mendekati golongan belia kerana mereka adalah pelapis kepada generasi sekarang dan bakal memimpin negara pada masa depan,” katanya ketika merasmikan Program Cambah Minda yang diadakan di Taman Rimba Kampung Tuman, di sini semalam.

Program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu itu diadakan secara santai dengan pengisian ceramah oleh Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu DSP Hasazali Yaakob.

Seorang pemuda mendaftar vaksin pada Program Cambah Minda di Kampung Tuman, Marang.

Seorang pemuda mendaftar vaksin pada Program Cambah Minda di Kampung Tuman, Marang.

Selain itu, JaPen Negeri Terengganu turut membuka kaunter pendaftaran vaksin COVID-19 dan ianya mendapat sambutan daripada orang ramai.

Sulaiman menambah, program ini sangat menarik kerana diadakan dalam suasana santai di dalam taman dan situasi ini mampu menarik golongan belia untuk hadir dan seterusnya berpeluang berkongsi ilmu dan maklumat.

Sementara itu, pemilik Taman Rimba yang juga pengguna Youtube terkenal Ayub Muhammad, berkata program Cambah Minda yang diadakan di situ berjaya menarik ramai belia untuk hadir dan seterusnya berpeluang beramah mesra serta mengenali antara satu sama lain.

Ayub yang sering memaparkan aktiviti beliau seperti menangkap ikan, mencari madu lebah di hutan dan melakukan kerja kerja kampung di platform Youtube menambah, usaha beliau sering mendapat perhatian pengunjung laman itu dan dengan adanya program ini, beliau boleh berkongsi pandangan dengan rakan belia yang lain.

Pemilik Taman Rimba yang juga seorang Youtuber, Ayub Muhammad.

Pemilik Taman Rimba yang juga seorang pengguna Youtube, Ayub Muhammad.

“Cambah Minda dapat memberi pendedahan kepada generasi muda supaya sentiasa kreatif dan berdaya saing,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda