Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

IPDAS, ILPKK Perbaharui Nota Kerjasama Strategik

By 11 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jeanne J.Som/Merusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 11 April (Malaysiaaktif) – Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) memperbaharui Nota Kerjasama Strategik yang ditandatangani pada 23 Februari 2020.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata jangkaan pelaksanaan program adalah selama satu tahun melibatkan 200 pelajar terdiri dalam kalangan mualaf, Muslim pedalaman dan kepulauan Sabah.

UCAPAN....Ahmad ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

UCAPAN….Ahmad ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

“Tempoh krisis pandemik COVID-19 yang berpanjangan memerlukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)- IPDAS mengusahakan semula Nota Kerjasama Strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM)-ILPKK bagi mengikat hasrat, tanggungjawab dan aspirasi bersama.

“Iltizam JAKIM melalui IPDAS dalam memastikan pelajar menguasai ilmu-ilmu agama, selain meningkatkan kemahiran pelajar sebagai nilai tambah untuk menembusi pasaran tenaga kerja,” katanya dalam Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman antara JAKIM- IPDAS dengan JTM di Kompleks Tabung Haji Sabah, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerjasama dengan pihak industri hendaklah diperkukuhkan sebagai usaha mengurangkan kadar pengangguran sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Penyerahan Nota MOU antara JAKIM-IPDAS dengan JTM-ILPKK sambil disaksikan oleh Ahmad (tengah).

Penyerahan Nota MOU antara JAKIM-IPDAS dengan JTM-ILPKK sambil disaksikan oleh Ahmad (tengah).

“Pelaksanaan program latihan perlu diterokai dan dilaksanakan dengan wajah dan pengisian baharu yang lebih segar bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam kalangan siswazah IPDAS,” katanya lagi.

Tambahnya, IPDAS telah melahirkan 14,826 graduan sejak tahun 1984 hingga 2020 dan seramai 314 pelajar bakal bergraduasi pada tahun ini.

Turut hadir, Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia Dr Nordin Ahmad, Pengarah IPDAS Mohamad Zamri Mohamed, Pengarah ILPKK Sudirman Hammade, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Prof Madya Dr Amir Shaharuddin, Timbalan Pengerusi Sabah Relief (Pertubuhan Penggerak Kebajikan dan Dakwah Sabah) Mohd Tarmizi Mohd Yahya dan Panel Syariah Etiqa Takaful Dr. Sarip Adul.

SUMBANGAN... Sarip (kiri) mewakili Etiqa Takaful menyerahkan sumbangan kepada Samin (kanan) bagi pihak YADIM untuk penyediaan agihan sumbangan bakul makanan kepada golongan asanaf yang terjejas akibat COVID-19.

SUMBANGAN… Sarip (kiri) mewakili Etiqa Takaful menyerahkan sumbangan kepada Samin (kanan) bagi pihak YADIM untuk penyediaan agihan sumbangan bakul makanan kepada golongan asanaf yang terjejas akibat COVID-19.

-RI

Tinggalkan komen anda