Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Saifuddin Disahkan Positif COVID-19

By 29 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 29 April (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif COVID-19 menerusi keputusan ujian saringan pada malam tadi (28 April).

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia hari ini, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Buat masa ini beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, YB Datuk Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan beliau selain turut memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi tersebut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda