Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

3,332 Kes Baharu, Selangor Tertinggi

By 30 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 30 April (Malaysiaaktif) – Kes positif baharu COVID-19 terus melepasi angka 3,000 dengan 3,332 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata daripada jumlah berkenaan, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes diikuti Sarawak dengan 522 kes dan Kelantan 401 kes.

Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 359 kes; Johor (207); Pulau Pinang (158); Sabah (131); Negeri Sembilan (111); Kedah (105); Pahang (92); Perak (91); Melaka (43) ; Terengganu (19); Putrajaya (sembilan) dan Perlis (satu).

Labuan tidak merekodkan kes positif baharu COVID-19 semalam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda