Skip to main content
Berita TimurTerengganu

37 Lorong Tikus Telah Dikenal Pasti di Kemaman dan Besut

By 20 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik, menegaskan sebanyak 25 sekatan jalan raya (SJR) yang melibatkan 373 anggota polis digerakkan ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 oleh kerajaan berkuatkuasa 12 Mei sehingga 7 Jun ini.

Roslee berkata pihak mereka telah mengenal pasti 37 lorong tikus yang biasa digunakan di dua daerah iaitu Kemaman dan Besut untuk diawasi bagi memastikan tiada sebarang rentas negeri berlaku di negeri tersebut.

Pemeriksaan dokumen rentas negeri oleh anggota polis.

Pemeriksaan dokumen rentas negeri oleh anggota polis.

“Pihak kami akan terus meningkatkan rondaan dan kawalan di lorong-lorong tikus ini bagi memastikan tiada pihak yang merentas negeri dan daerah di laluan ini demi memastikan tiada penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

“Selain itu, kami ada Pasukan Pematuhan dan Pemantauan melibatkan 800 orang anggota polis di seluruh negeri Terengganu yang akan meronda di kampung dan taman perumahan dalam usaha memastikan masyarakat mematuhi SOP dari 12 Mei sehingga 7 Jun nanti,” katanya ketika melakukan tinjauan di lokasi SJR Perasing, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Kemaman (tengah) Superintendan Hanyan Ramlan memerhati anggotanya memeriksa dokumen rentas negeri.

Ketua Polis Kemaman (tengah) Superintendan Hanyan Ramlan memerhati anggotanya memeriksa dokumen rentas negeri.

Beliau turut menegaskan agar orang ramai mematuhi sop supaya penularan virus ini dapat diputuskan.

-ii-

Tinggalkan komen anda