Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Abdul Hamid Serah Tugas KPN kepada Acryl Sani

By 3 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

PUTRAJAYA, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Acryl Sani akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara berkuatkuasa esok.

Pelantikan Acryl Sani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Tongkat Kuasa jawatan berkenaan diserahkan kepada Acryl Sani sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda