Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Agong, Raja Permaisuri Berkenan Tunai Solat Hajat untuk Palestin

By 17 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Istana Negara

PUTRAJAYA, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat hajat di Istana Negara hari ini bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Surau Utama Istana Negara pada 7.30 malam, diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Solat sunat hajat itu dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disertai 40 anggota jemaah yang terdiri daripada pegawai serta petugas Istana Negara.

Solat sunat berkenaan, selepas solat Maghrib berjemaah, dilaksanakan mengikut garis panduan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuklah penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menitahkan masjid dan surau seluruh negara, serta rakyat di kediaman sendiri, untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda