Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerajaan Komited Pasti Kebajikan, Kesejahteraan Pasukan Keselamatan Terpelihara

By 2 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Johny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri komited memastikan kebajikan, kesejahteraan serta pengorbanan pasukan keselamatan terpelihara ketika umat Islam dan masyarakat lainnya menyambut Aidilfitri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, berkata selain daripada pasukan keselamatan, jasa petugas kesihatan melawan pandemik COVID-19 juga tidak boleh diperkecilkan.

“Tugas mengawal keamanan dan keselamatan negara ketika musim perayaan ini termasuklah terpaksa berpisah dengan keluarga dan anak-anak.

“Setiap tahun, kerajaan mengadakan majlis penyerahan kuih muih hari raya sebagai mengenang jasa bakti dan menzahirkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan tidak kira di mana mereka bertugas.

Zulkapli melakukan simbolik penyampaian sumbangan daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah kepada Hajiji (tengah) buat pasukan keselamatan dan petugas kesihatan Sabah.

Zulkapli melakukan simbolik penyampaian sumbangan daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah kepada Hajiji (tengah) buat pasukan keselamatan dan petugas kesihatan Sabah.

“Kerajaan dan rakyat negeri Sabah amat menghargai pengorbanan setiap anggota keselamatan dan petugas kesihatan yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan negeri ini,” katanya dalam Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, buat julung kalinya, tiga tambahan pasukan keselamatan dan petugas kesihatan turut diraikan iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sabah.

“Pertambahan ini merupakan agensi yang menjadi barisan hadapan dalam usaha memerangi penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Diharapkan, sumbangan ini akan menjadi dorongan dan semangat kepada petugas barisan hadapan menjalankan tugas pada musim perayaan ini,” katanya lagi.

KENANGAN....wakil daripada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyerahan berakhir.

KENANGAN….wakil daripada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan merakamkan gambar kenangan selepas majlis penyerahan berakhir.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Zulkapli Mohamed, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Masnah Matsalleh dan Pengerusi Pertubuhan Muafakat Titipan Amal isteri wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) Datin Seri Juliah Salag.

-RI

Tinggalkan komen anda