Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Perhalusi Isu Insurans COVID-19 Jemaah, Pelawat Asing ke Arab Saudi

By 4 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 4 Mei (Malaysiaaktif) –Ā Kerajaan akan memperhalusi danĀ membincangkan isuĀ berkaitan syarat terbaharu yang diumumkan oleh Arab Saudi, supaya jemaah dan pelawat asing yang berkunjung ke negaraĀ itu mesti mempunyai perlindungan insurans COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Ā Datuk Seri DrĀ ZulkifliĀ Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya akan meneliti kenyataan rasmi berkaitan, terlebih dahulu.

ā€œBagi saya masalah itu tidaklah besar sangatĀ sebab kita banyak badanĀ dan ejen insuransĀ diiktiraf, dan perkara ini kamiĀ akan perhalusi satu persatu,ā€ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Masjid Sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Semalam media melaporkan syarat terbaharuĀ diumumkan Bank Pusat Saudi dan Majlis Koperasi Insurans Kesihatan itu, yang bertujuan menyediakan rawatan kesihatan kepada individu dilindungi insurans, jika dijangkiti COVID-19 sepanjang tempoh mereka berada di negara itu, dan membolehkan pesakit mendapat akses segera kepada rawatan.

Ia juga menyediakan perlindungan insurans untuk menampung kos bagi kes yang dikesan serta kuarantin, selain kes kecemasan untuk pemindahan perubatan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda