Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Peniaga, Penjaja Kecil Tarik Nafas Lega

By 31 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara lega dapat meneruskan perniagaan bagi menanggung keluarga sepanjang pelaksanaan sekatan tambahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. meskipun risau dengan peningkatan kes COVID-19, mereka tidak mempunyai pilihan lain bagi memperoleh pendapatan harian untuk menyara keluarga.

Bagi Pengerusi Pasar Bukit Payong Amran Mamat, 52, berkata meskipun waktu operasi perniagaan tidak berjalan seperti sebelum ini, namun keputusan itu tetap memberi sinar kepada peniaga kecil dalam situasi mencabar ini.

“Kami sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana membenarkan golongan seperti kami meneruskan perniagaan walaupun dengan SOP yang sangat ketat,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya, di sini baru-baru ini.

Penebar roti canai Mohd Hawari Zulkeply, 33, berkata kebenaran meneruskan operasi perniagaan itu membolehkan peniaga kecil sepertinya meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana mendesak akibat penularan COVID-19.

Mohd hawari bin zulkeply, 33.

Mohd Hawari menyifatkan kebenaran meneruskan operasi perniagaan sebagai perlu dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Menurutnya lagi, beliau dan isteri risau selepas mendengar pengumuman mengenai pelaksanaan PKP 3.0 kerana peniaga kecil sepertinya mungkin tidak dibenarkan menjalankan perniagaan sebagaimana PKP 1.0 pada tahun lalu.

“Pelaksanaan PKP 1.0 telah menyebabkan hampir tiga bulan kami tidak berniaga sedangkan inilah satu-satunya sumber pendapatan sekeluarga untuk membesarkan anak-anak.

“Kami juga tidak berani mengambil risiko membeli barangan basah dengan harga borong kerana bimbang perniagaan tiba-tiba diarah tutup dan menyebabkan kerugian besar,” jelasnya.

Menurut pemilik pusat mencuci kereta Nurhalim Ghazali, 26, pula sudah lama tidak dapat menjalankan perniagaan mencuci kereta kerana terpaksa menutup buat sementara waktu berikutan kekurangan pelanggan.

Muhamad Nurhalim Ghazali, 26.

Muhamad Nurhalim Ghazali, 26.

“Sejak pelaksanaan PKP 1.0 lagi keuntungan yang diperoleh tidak sebaik sebelum ini tetapi tetap bersyukur dengan sokongan penduduk sebagai pelanggan tetap sedikit sebanyak membantu menjana pendapatan,” katanya.

Penjual aiskrim bermotor, Muhammad Faris Md Nor, 24, pula berkata walaupun sekatan jalan raya (SJR) berkuatkuasa namun dia tetap menjual seperti biasa di dalam daerahnya berikutan PKP 3.0 menetapkan tiada pergerakan rentas daerah.

Muhammad Faris Bin Md Nor, 24.

Muhammad Faris Bin Md Nor, 24.

“Alhamdulillah masih boleh berniaga dan reda dengan jualan yang merosot.

“Sebelum ini saya berniaga ke merata tempat sehingga jualan habis tetapi kini hanya bergerak di kampung-kampung terdekat sahaja bagi mematuhi sekatan tambahan PKP 3.0,” katanya ketika ditemui.

Tinggalkan komen anda