Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

327 KIR Terlibat PKPD Terima Bantuan Bakul Makanan

By 16 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Idris Sani Saberun (Kota Kinabalu)/Pejabat Timbalan Menteri JPM

NABAWAN, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 327 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan bakul makanan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup di Kampung Murni C.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, bantuan bakul makanan ini disampaikan bagi meringankan beban mereka yang terjejas dari tiga buah kampung (Kampung Murni C, Kampung Indah dan Kampung Pulutan) di Daerah Nabawan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Pelaksanaan PKPD bagi membendung penularan wabak COVID-19 mengakibatkan ramai penduduk tidak dapat keluar untuk bekerja dan membeli barangan keperluan harian.

“Dalam tempoh begini kita perlu memastikan penduduk terlibat mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

“Saya juga memohon kepada Pusat Kawalan Bencana Daerah (PKOB) Nabawan untuk melihat keperluan penduduk terutamanya bagi kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya yang ditemui ketika menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung tersebut, di sini semalam.

Arthur menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk kampung yang terjejas sambil disaksikan Peter (kiri) dan Andy (kanan).

Arthur menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk kampung yang terjejas sambil disaksikan Peter (kiri) dan Andy (kanan).

Arthur turut mengajak kepada semua pihak terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama membantu dalam menghulurkan sumbangan seumpama ini selain mengingatkan kepada semua pihak untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan terus berada di rumah sebagai usaha bagi mengembalikan daerah Nabawan kepada zon hijau seperti mana pernah dicapai suatu ketika dahulu.

Dalam perkembangan lain, beliau menyeru kepada semua masyarakat untuk memberi sokongan kepada usaha kerajaan dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin.

“Pelaksanaan pelan ini adalah penting bagi mengurangkan jangkitan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Arthur turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut membantu menyediakan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan.

Hadir sama, Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jonu Moinjil serta Pegawai Kebajikan Daerah Nabawan, Andy Fatmal Mohamad Ikhsan.

-RI

Tinggalkan komen anda