Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,738 Kes Baharu COVID-19

By 18 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 5,738 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, sekali gus merekodkan peningkatan sebanyak 588 kes berbanding 5,150 kes yang dicatatkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri tertinggi kes harian melibatkan 1,858 orang, diikuti Negeri Sembilan (1,086), Kuala Lumpur (641) dan Sarawak (559).

Selain itu, Johor mencatat sebanyak 449 kes, Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184), Kelantan (154), Labuan dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan 97 kes, Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30), Putrajaya (tujuh) manakala Perlis tiada kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda