Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Lebih 400 Terima Dos Pertama di Matu

By 15 Jun 2021November 16th, 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Hidayah/Siti Afiqah Morshidi (Sarawak)

MATU, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 400 orang penduduk sekitar daerah sini telah menerima vaksinasi COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Matu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, pemberian vaksin yang melibatkan fasa dua dan fasa tiga secara serentak ini berlangsung selama lima hari mulai 12 dan 13 Jun seterusnya disambung ke minggu hadapan pada 15 hingga 17 Jun ini.

“Saya berpuas hati dengan proses pelaksanaan vaksin hari ini di mana inisiatif penyelaras PPV yang menyediakan kaunter khas untuk memudahkan penerima vaksin menggunakan khidmat bantuan kerusi roda amatlah baik,” katanya ketika ditemui sempena program tersebut di PPV Dewan Suarah Matu, di sini semalam.

Seorang penerima vaksin Abdah Sahari, 64, berasa beruntung menjadi orang yang pertama divaksin.

“Setakat ini saya rasa sihat cuma sedikit rasa sakit pada bahagian lengan saya yang disuntik sebentar tadi dan berharap dos kedua nanti tidak begitu sakit,” katanya yang tiba seawal lapan pagi semalam untuk menerima suntikan.

-ZS

Tinggalkan komen anda