Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

MEDAC, Agensi Tawar Moratorium, Bantuan Bersasar Bernilai Lebih RM700 Juta kepada PKS

By 17 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Facebook Datuk Seri Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

PUTRAJAYA, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta agensinya menawarkan moratorium dan bantuan bersasar bernilai RM746.79 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mengurangkan kesan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara.

“Bantuan yang ditawarkan itu dijangka dapat memanfaatkan seramai 734,707 peminjam dan penyewa agensi, termasuk perusahaan mikro serta perniagaan tidak formal — iaitu mereka yang di bawah kategori B40,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata PKS adalah merupakan antara kumpulan yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Sebilangan besar perniagaan kecil ini tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk digunakan bagi menampung perniagaan dan disebabkan itu mereka memerlukan segala bantuan yang mereka boleh dapatkan untuk terus bertahan,” katanya.

Agensi yang menyediakan moratorium dan bantuan bersasar itu adalah Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional, SME Corp, Perbadanan Nasional Bhd, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan UDA Holdings.

“Kita berharap dapat menilai keadaan dengan lebih baik lagi dan sekali gus dapat membantu kita menyediakan lebih banyak bantuan bersasar dan program yang sesuai untuk PKS,” kata Wan Junaidi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda