Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rizab Antarabangsa BNM Naik kepada US$111.0 Bilion pada 15 Jun

By 22 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$111.0 bilion pada 15 Jun 2021, naik daripada US$110.9 bilion pada 31 Mei.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$102.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (US$4.0 bilion).

Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM460.87 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.19 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.20 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.76 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM178.66 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.24 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM147.43 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.52 bilion), lain-lain deposit (RM9.30 bilion), kertas Bank Negara (RM9.32 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.14 bilion).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda