Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Kekal Bawah 5,000

By 23 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di negara ini kekal di bawah 5,000 kes selama dua hari berturut-turut.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 4,743 kes direkodkan semalam, namun meningkat sebanyak 232 kes berbanding 4,611 kelmarin.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 705,762 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,566 kes diikuti Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507) dan Johor (293).

Sementara, Pulau Pinang mencatat 195 kes, Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68), Terengganu (37), Putrajaya (tujuh) dan Perlis (dua).

Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi satu kenyataan berkata 5,557 kes sembuh direkodkan menjadikan kes aktif kini 62,027, manakala 875 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 445 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sejumlah 77 kes kematian direkodkan semalam melibatkan 32 orang di Selangor, Negeri Sembilan (12), Johor (8), Sarawak (7), Kuala Lumpur (5), Melaka (4), masing-masing tiga orang di Sabah dan Labuan, serta masing-masing satu kes di Pahang, Perlis, dan Terengganu.

Beliau berkata 21 kluster baharu dikesan dengan 13 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, lima kluster komuniti, satu kluster pendidikan tinggi iaitu Dah Perdana Tinggi di Kedah, satu kluster pusat tahanan (Tembok Ulu Teris- Selangor) dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi (Jalan Laksamana Cheng Ho-Melaka).

Enam kluster tempat kerja dikesan di Selangor iaitu Kluster Jalan Persiaran Enam, Industri SS Lapan Sungai Way, Tapak Bina Laluan Klang, Jalan Permata 22, Industri Kampung Bukit Angkat dan Jalan Kebun Baru manakala empat di Kuala Lumpur iaitu Taman Pusat Kepong, Jalan Kepong Usaha, Jalan Tasik Selatan dan Jalan Sri Hartamas.

Tiga lagi ialah Industri Jalan Teknologi Lima dan Industri Jalan Senawang Empat yang dikesan di Negeri Sembilan serta Jalan Maju Lima di Johor.

Kluster komuniti pula membabitkan Kampung Bukit Tanah, Kampung Kubang Hakim dan Kampung Pulau Tukang Dollah di Kelantan serta Lunyim dan Sungai Long Seripa di Sarawak.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda