Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Usahawan SME Jana RM20 Ribu Setahun

By 20 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mathilda Sempon/Amirul Hafiz (Sarawak)

TATAU, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Usahawan Peniagaan Kecil dan Sederhana (SME), Normala Akeri, 44, mampu menjana RM20 ribu setahun dengan menceburi bidang penghasilan makanan kuih tradisional tempatan iaitu rempeyek.

“Saya mula bergiat dalam bidang keusahawanan ini pada tahun 2015.

“Pada mulanya saya memilih untuk menjual kuih tradisional rempeyek kerana ianya merupakan kemahiran yang saya ada pada masa itu,” kata Normala ketika ditemui di kediaman beliau di Kampung Dagang, di sini hari ini.

Sebanyak enam jenis perisa dikeluarkan syarikatnya seperti perisa asli, kacang dal, daun kari, kacang hijau, rempah dan keju.

“Rempeyek ini merupakan sejenis kuih tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Pada musim perayaan, pendapatan saya sangat lumayan kerana tempahan yang diterima bukan sahaja dari daerah Tatau, malah tempahan pelanggan saya juga dari bahagian Miri, Sibu, Kuching termasuk dari Brunei.

“Sepanjang penglibatan saya dalam keusahawanan, pencapaian terbaik saya ialah ketika menjadi juara di peringkat daerah dalam pertandingan penyediaan kuih tradisional tempatan,” kata usahawan yang produknya turut dipasarkan ke seluruh negeri Sarawak termasuk di negara Brunei.

Menurut Normala, beliau juga aktif menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan usahawan SME di Sarawak.

“Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Sarawak atas bantuan alatan pemprosesan makanan yang diberikan, menerusi bantuan ini, secara tidak langsung telah banyak membantu dalam meningkatkan hasil jualan syarikat saya,” ujar beliau.

-ZS

Tinggalkan komen anda