Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ambulans ‘Negative Pressure’ Mudahkan Pengurusan Pesakit COVID-19 – KKM

By 20 Jun 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Hazlina Tajuddin

SERDANG, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Keperluan penggunaan ambulans tekanan negatif (Negative Pressure) semasa pandemik COVID-19 ketika ini sangat tinggi khususnya dalam mengakses pesakit ke pusat-pusat rawatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata penggunaan ambulans tersebut juga menunjukkan kesiap siagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghadapi wabak-wabak berdasarkan transmisi virus.

“Kita akan banyakkan ambulans bertaraf tekanan negatif ini agar protokol rawatan kepada pesakit dapat dilaksanakan.

“KKM telah memulakan tender 500 buah ambulans yang akan menggunakan sistem ‘leasing’ mengikut zon untuk mengatasi isu logistik pesakit COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sebuah ambulans tekanan negatif dan dua buah ambulans biasa oleh Ketua Pengawai Eksekutif, Weststar Group Automotive Division, Syed Muhammad Ammar Syed Azmandi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) semalam.

(Dari kiri) Dr Adham melihat kemudahan yang disediakan dalam ambulans 'Negative Pressure' yang akan memudahkan urusan akses pesakit COVID-19 ke pusat rawatan.

(Dari kiri) Dr Adham melihat kemudahan yang disediakan dalam ambulans ‘Negative Pressure’ yang akan memudahkan urusan akses pesakit COVID-19 ke pusat rawatan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman dan Pengarah PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim.

Mengulas lanjut, selain mempunyai sistem tekanan negatif, beliau berkata ambulas berkenaan turut mempunyai penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara.

“Sistem penapisan HEPA dan lampu UV dapat membersihkan udara dan dalam masa sama dapat memerangkap virus daripada merebak.

“Ambulans ini juga dilengkapi dengan Pod Isolasi (Isolation Chamber) yang diperbuat daripada filem TPU khas dan dikuatkan dengan memasukkan tiang ABS di setiap sisi struktur usungan berkenaan.

“Ambulan ini turut dilengkapi dengan perlindungan dua peringkat yang meminimumkan kemungkinan adanya jangkitan silang dan penyebaran patogen dalam proses pemindahan, pengangkutan dan rawatan pesakit dengan penyakit jangkitan atau COVID-19,” katanya.

Dr Adham Baba ketika ditemui media selepas majlis penyerahan sebuah ambulans bertaraf tekanan negatif dan dua buah ambulans biasa di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, semalam.

Dr Adham Baba ketika ditemui media selepas majlis penyerahan sebuah ambulans bertaraf tekanan negatif dan dua buah ambulans biasa di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda