Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

7,097 Kes Baharu, Selangor Kekal Tertinggi

By 8 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Kes baharu harian COVID-19 di negara ini kekal melebihi 7,000 kes untuk hari kedua berturut-turut apabila mencatatkan 7,097 kes semalam berbanding 7,654 kes kelmarin.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dengan kes terbaharu itu, jumlah kumulatif kini meningkatkan kepada 799,790 kes.

Beliau berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 3,119 kes diikuti Kuala Lumpur (1,005); Negeri Sembilan (788); Melaka (358): Sarawak (289) dan Pahang dengan 258 kes.

Selain itu, Kedah mencatatkan 198 kes diikuti Perak (187); Pulau Pinang (140); Kelantan (123); Labuan (93); Terengganu (43); Putrajaya (26) dan Perlis dengan dua kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda