Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

ATM Siap Sedia buka Hospital Medan – TPM

By 19 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Zuraida Md Nor Aidi (Jempol)

JEMPOL, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam keadaan bersiap sedia membuka empat lagi hospital medan bagi merawat pesakit COVID-19 sebaik menerima peruntukan daripada pihak kerajaan.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa menghadiri lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Pejabat Daerah Jempol pagi semalam.

“ATM ketika ini sudah mendapatkan seramai 30 doktor kontrak dan sebanyak 100 petugas paramedik yang sudah bersiap sedia jika diperlukan bertugas di hospital medan berkenaan, namun begitu permohonan pembukaan hospital medan berkenaan bergantung kepada permohonan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kali terakhir hospital medan dibuka adalah di Labuan serta hospital medan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi memberi sokongan merawat pesakit COVID-19 dari Hospital Klang,” katanya ketika membuat lawatan di PPV Dewan Pejabat Daerah Jempol, di sini semalam.

Ismail Sabri menyantuni salah seorang penerima dos kedua vaksin secara pandu lalu.

Ismail Sabri menyantuni salah seorang penerima dos kedua vaksin secara pandu lalu.

Tambah Ismail Sabri, arahan surat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak dibenarkan bagi digunakan untuk tujuan rentas negeri bermula semalam sehingga selasa bagi menghalang orang ramai menyalahgunakan surat berkenaan pulang ke kampung bagi menyambut Aidiladha.

“Jadikan kes yang berlaku ketika Aidilfitri dahulu sebagai iktibar, kita boleh tipu polis tapi tak boleh tipu COVID-19,” tambahnya.

Ismail Sabri turut menasihatkan orang ramai bersabar sehingga imuniti kelompok dicapai pada Oktober atau November, selepas itu orang ramai boleh pulang ke kampung tanpa sebarang isu.

Sementara itu, pemberian vaksin secara Pandu Lalu kepada penerima vaksin dos kedua di PPV Dewan Pejabat Daerah Jempol telah bermula kelmarin setelah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Persekutuan dan telah mendapat maklum balas yang positif daripada orang ramai.

-FF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda