Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

FELDA Berpotensi Kembali Menjadi Syarikat Perladangan Terulung di Dunia

By 7 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan tersenarai menjadi antara syarikat global paling berjaya seperti dalam Fortune Global 500 pada masa hadapan.

Beliau berkata, dengan kelebihan simpanan tanah seluas 832,000 hektar atau lebih 2 juta ekar, FELDA mempunyai keupayaan dan potensi besar untuk kembali menjadi syarikat perladangan terulung dunia.

“Saya sedar ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun dengan strategi serampang tiga mata (Restart, Revitalise dan Reform) dan dengan komitmen pihak pengurusan baharu serta sokongan kerajaan, ia tidak mustahil untuk dicapai,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapannya yang dirakam terlebih dahulu sempena Pelancaran Hari Peneroka FELDA 2021 secara maya, di sini, hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda