Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Hospital Medan ATM Bakal Dibangunkan

By 10 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)/FB Rahmad Mariman

BATU BERENDAM, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal dibangunkan dalam masa terdekat.

Tujuan utama bagi pembangunan hospital tersebut adalah untuk mengurangkan beban penggunaan katil di hospital Melaka yang kini berada di paras amat kritikal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka Datuk Rahmad Mariman, berkata Hospital Medan yang dijangka akan dibuka di Hospital Jasin itu mampu merawat sekurang-kurangnya 100 pesakit bukan COVID-19.

“Hospital Medan akan menempatkan kes bukan COVID bermaksud pesakit bukan COVID di Hospital Melaka dan Hospital Jasin akan dikeluarkan dan dirawat di Hospital Medan maka katil sedia ada di hospital berkenaan boleh kita jadikan sebagai merawat kes COVID-19.

“Cadangan itu telah dipersetujui Kerajaan pusat menerusi Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya selepas melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Pandu Lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini semalam.

Rahmad Mariman bersama penerima vaksin COVID-19.

Rahmad Mariman bersama penerima vaksin COVID-19.

-FF

Tinggalkan komen anda