Skip to main content
Berita SelatanMANegeri Sembilan

Penduduk Terlibat PKPD Terima Bakul Makanan

By 10 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis (Seremban) 

NILAI, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Desaria dan Taman Desa Saga, di sini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Menurut Kapten Angkatan Pertahanan Awam Azamta Karya Zawal Azi Hussin, PKPD di kawasan ini melibatkan 3153 orang penduduk yang membabitkan 715 buah rumah.

“Bantuan bakul makanan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti 10 kilogram beras, bawang, minyak, tepung, gula, sardin, teh dan kopi akan diberi kepada semua penduduk yang terkesan dengan PKPD yang dilaksanakan.

“Manakala bantuan bakul makanan berupa barangan basah yang disumbangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan seperti sayur-sayuran dan ayam akan kita salurkan bergantung kepada bekalan yang ada,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), di sini hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Seremban Fauziah Abdullah, yang ditemui turut berkongsi peranan sebagai sebahagian petugas di kawasan PKPD ini.

“Kami di Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Seremban memberikan komitmen 100% bagi memastikan penduduk terlibat mendapat informasi yang tepat dan tidak ketinggalan dengan situasi semasa di kawasan mereka.

“Pelbagai Informasi terkini daripada PKTK akan dihebahkan pada waktu siang dan malam dengan menggunakan pembesar suara melalui unit bergerak PPD Seremban,” ujarnya.

Taman Desaria dan Taman Desa Saga dikenakan PKPD bermula 5 Julai sehingga 18 Julai 2021.

-FF

Tinggalkan komen anda