Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kebersihan Dewan Pesakit di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 Kembali Pulih

By 5 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SERDANG, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Tindakan segera diambil pengurusan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 untuk mengatasi isu kebersihan dewan pesakit.

Pengarah PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim, berkata isu kebersihan timbul susulan penggantian pekerja konsesi pembersihan yang baharu masuk kerana menunggu keputusan ujian calitan.

“Walau bagaimanapun setelah ujian diketahui, latihan kawalan infeksi terus dilakukan kepada petugas baru dan proses pembersihan dewan telah dimulakan pada hari Sabtu pukul 7.00 malam.

“Tahap kebersihan di semua dewan pesakit di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 telah kembali pulih seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, pihaknya akan sentiasa cuba memastikan perkhidmatan dan keperluan pesakit akan dilaksanakan sebaik mungkin dan berterimakasih terhadap kerjasama dan pandangan yang diberikan.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar pada minggu lalu yang menunjukkan keadaan sampah yang berlonggok dan tidak terurus di dewan pesakit PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda