Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu 12,528, Jumlah Kumulatif Kini Lebih 900,000

By 18 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Kes harian baharu COVID-19 di negara ini kekal mencatatkan angka melepasi 12,000 dengan 12,528 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di dalam negara kini telah melebihi 900,000 iaitu 905,851 kes.

Beliau berkata Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,985 kes diikuti Kuala Lumpur (1,740); Negeri Sembilan (1,280); Kedah (701); Sabah (647) dan Johor (625).

Melaka pula mencatatkan 569 kes diikuti Perak (428); Pulau Pinang (396); Sarawak (388); Pahang (317); Kelantan (211); Terengganu (177); Putrajaya (41); Labuan (22) dan satu kes di Perlis.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda